Semakan Pengambilan & Permohonan Jawatan Polis Diraja Malaysia (SSO)


SEMAKAN STATUS EKSESAIS UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DALAM SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) POLIS DIRAJA MALAYSIA

Bermula pada 12 September 2018 sehingga 15 Oktober 2018, Warganegara Malaysia yang telah memohon Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (LELAKI) / Konstabel Polis Gred YA1 (LELAKI & WANITA) serta Konstabel Polis Gred YT1 (LELAKI) di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Anda dikehendaki membuat semakan di laman sesawang Sistem Semakan Online (SSO) Polis Diraja Malaysia di sso.rmp.gov.my bagi menyemak kelayakan menghadiri Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal pada kali ini.

Hanya calon-calon yang menepati syarat yang ditetapkan oleh SPA dan PDRM sahaja akan disenaraikan di dalam Sistem SSO PDRM dan layak untuk hadir ke Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Inspektor Polis Gred YA13 (LELAKI) / Konstabel Polis Gred YA1 (LELAKI & WANITA) Serta Konstabel Polis Gred YT1 (LELAKI) berdasarkan tarikh dan lokasi yang telah dinyatakan di dalam sistem tersebut.

TIADA UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL PDRM TERBUKA DIADAKAN

Untuk makluman, kini tiada lagi Ujian Pemeriksaan Fizikal Terbuka PDRM khas untuk pengambilan jawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diadakan.

Hanya calon yang lulus syarat kelayakan permohonan awal yang akan dipanggil menghadiri sesi Eksesais Pemeriksaan Fizikal.

Calon yang terpilih DIWAJIBKAN mencetak surat panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Borang Ganti Rugi serta menyediakan semua keperluan yang dinyatakan di dalam sistem semasa menghadiri eksesais ujian tersebut tanpa gagal atau calon akan DIHALANG menjalani eksesais ujian pemeriksaan fizikal.

Bagi calon yang tidak berjaya tersenarai dalam Eksesais Pemeriksaan Fizikal kali Ini. Anda dinasihati untuk membuat semakan dalam sistem SSO PDRM dari semasa ke semasa sehingga tarikh akhir (15 Oktober 2018) eksesais ujian fizikal selesai dijalankan.
Hal ini bagi memastikan anda tidak terlepas eksesais pemeriksaan fizikal kali ini sekiranya nama anda tersenarai kelak di dalam SSO PDRM dalam tempoh tersebut.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan terus ke Unit Pengambilan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Polis Diraja Malaysia di Talian 03-2266 8346 / 8348 / 8350 atau e-emel ke pengambilan@rmp.gov.my

CARA MELAKUKAN SEMAKAN PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Semakan Sistem SSO PDRM boleh dilakukan pada 12 September 2018 (Rabu) sehingga 15 Oktober 2018 (Isnin).

Dimaklumkan bahawa TIDAK ADA kata laluan/password diperlukan untuk semakan status.

TIDAK ADA Istilah reset ID atau daftar ID atau email pengaktifan ID Pengguna di Sistem SSO PDRM untuk semakan Status Unit Pengambilan.

Sila rujuk gambar contoh berikut dan klik di lambang Integriti PDRM sahaja.

BAGAIMANA MELAKUKAN SEMAKAN PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Anda diwajibkan untuk membaca dan fahami ikon yang disediakan serta klik di tempat yang sepatutnya.

Anda diwajibkan mencetak surat tawaran Eksesais Pemeriksaan Ujian Fizikal dan Borang Ganti Rugi serta bawa pada hari pemeriksaan ujian fizikal dilaksanakan.

LAMAN SSO PDRM

Semakan Sistem SSO PDRM boleh dilakukan di laman sesawang sso.rmp.gov.my bermula 12 September 2018 (Rabu) sehingga 15 Oktober 2018 (Isnin).

Untuk ke laman SSO PDRM sila klik pautan di bawah;

LAMAN SSO PDRM



semakan pengambilan pdrm 2018∞ borang ganti rugi jawatan pembantu polis∞ borang ganti rugi konstabel polis∞ borang ganti rugi pdrm∞