Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2019. Kerajaan Beri Bantuan Bulanan RM200 Untuk Beli Rumah Pertama


Bagi golongan belia berumur antara 21 hingga 45 yang ingin membeli rumah pertama berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia BSN (SPB 2019) di bawah skim MyHome BSN.

Skim ini diwujudkan untuk membantu golongan belia bujang dan berkahwin memiliki rumah pertama dengan mudah melalui kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.

ANSURAN SUBSIDI RM200 SEBULAN SELAMA 2 TAHUN!

Melalui skim ini, dana subsidi ansuran bulan sebanyak RM200 sebulan akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan sepanjang 2 tahun turut disediakan.

Contohnya jika bayaran bulanan rumah RM1,200 sebulan, jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,000 dalam tempoh 2 tahun pertama.

Namun skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’. Jadi pemohon dinasihatkan untuk segera melakukan semakan permohonan agar tidak telepas peluang bantuan ini.

KELEBIHAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2019

Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah:

  • Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
  • 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual

Skim ini sesuai untuk hartanah dari RM100,000 – RM500,000.

Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar faedah pula seperti yang ditetapkan di portal rasmi BSN iaitu:

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.
  • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).

Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  4. Pembeli rumah pertama sahaja

Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/ EC

Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  • Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik sini untuk memohon.