Permohonan Skim Latihan 1Malaysia TNB di Buka Seluruh Negara. Elaun RM2000 Dengan Latihan Softskills


Permohonan ke Program Skim Latihan 1Malaysia TNB Seluruh Negeri di Buka.

Sebagai melaksanakan salah satu tanggungjawab sosial korporat dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia, TNB mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria-kriteria di bawah menyertai Program *SLIM-TNB di mana ini merupakan program latihan selama 6 bulan dengan pembelajaran teori softskills yang komprehensif dan latihan dalam kerja dalam pelbagai fungsi-fungsi perniagaan TNB dan di syarikat-syarikat penjana bebas yang terpilih.

Apa itu *SL1M-TNB?

  • Skim latihan ini bermatlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya.
  • Latihan softskills – 1 minggu di ILSAS (Bangi) & 5 bulan 3 minggu OJT (di stesen-stesen TNB seluruh Malaysia)
  • Kemasukan Januari/Februari 2019

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik , Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisness TNB)
  • PNGK 2.50 dan ke atas bagi semua bidang pengajian.
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 28 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah, tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (kekangan utk jaga ahli keluarga),

Faedah Penyertaan

  • Elaun saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan cuti sebanyak 6 hari sepanjang 6 bulan latihan.
  • Tertakluk di bawah Perlindungan Insurans sepanjang 6 bulan latihan.
  • Bayaran balik rawatan perubatan sehingga RM360 sepanjang 6 bulan latihan. Cuti MC 3 hari.
    *Nama akan dipinda mengikut kelulusan semasa

Bagaimana Memohon:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Sila ikut arahan seperti di bawah.

Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

(Rujuk iklan penuh jawatan kosong melalui pautan yang disediakan di bawah)

IKLAN PENUH JAWATAN