Permohonan Skim Bantuan Kebajikan Kemasukan Universiti Awam & Politeknik VETERAN ATM


Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA) / Politeknik

Untuk pengetahuan anda, pihak VETERAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ada menyediakan skim bantuan kemasukan ke universiti awam / politeknik bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke universiti dan juga sebagai galakan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan kepada pemohon yang layak adalah :

  • RM1,000 : Pengajian peringkat Diploma
  • RM1,500 : Pengajian peringkat Ijazah Pertama

Permohonan Skim Bantuan Kebajikan Kemasukan Universiti Awam & Politeknik VETERAN ATM

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Bantuan Kebajikan Kemasukan Universiti Awam & Politeknik VETERAN ATM

  • Dihadkan kepada Universiti Awam (UA) dan Politeknik sahaja.
    Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh 1 tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke UA / Politeknik.
  • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke UA / Politeknik.
  • Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
    (Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran).

Cara Permohonan Skim Bantuan Kebajikan Kemasukan Universiti Awam & Politeknik VETERAN ATM

Bagi anda yang layak memohon skim bantuan ini, berikut adalah cara membuat permohonan :

  • Download borang permohonan anda di sini.

Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEVBK2019)

  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya.
  • Isikan borang anda dengan maklumat yang tepat, betul dan benar.
  • Pemohon mestilah bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Permohonan yang lengkap mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berdekatan dengan tempat pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.
  • Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).

Cara Membuat Semakan

Setelaha anda membuat permohonan, anda boleh membuat semakan melalui :

  • Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV

Info & Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA) / Politeknik VETERAN ATAM ini, anda boleh hubungi :

Soalan Lazim

1. Siapakah yang layak memohon?

• Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun); • Balu kepada Veteran ATM; • Anak - anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan. Kecuali: • Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib; • Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.

2. Adakah JHEV menyediakan bantuan kemasukan IPTA / Politeknik bagi anak veteran ATM yang belajar di IPTS?

JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan ke IPTA dan politeknik kerajaan sahaja.

3. Anak saya belajar sekolah rendah dan akan tamat persekolahan peringkat rendah pada tahun ini. Adakah saya perlu memohon bantuan persekolahan bagi peringkat sekolah menengah?

Ya. Bantuan Persekolahan mempunyai dua peringkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekiranya anak telah tamat persekolahan peringkat rendah, anak yang sama perlu memohon semula bantuan diperingkat menengah.

4. Apakah jenis skim bantuan yang disediakan?

Terdapat 5 jenis Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan iaitu: • Bantuan Sara Hidup • Bantuan Persekolahan • Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik • Bantuan Peralatan Pesakit • Bantuan Bencana

5. Anak saya telah mendapat bantuan persekolahan. Bolehkah saya memohon bantuan persekolahan untuk anak saya yang lain?

Bantuan Persekolahan hanya diberikan kepada satu anak bagi satu keluarga sahaja.