Peniaga, Jom Buat QR Code MySejahtera Sekarang. Mudah Je


Peniaga, Jom Buat QR Code MySejahtera Sekarang

Pastinya semua orang risau kerana wabak Covid-19 telah mula mengganas semula sehinggakan Kerajaan telah mengetatkan semula SOP dan mewajibkan semua rakyat untuk memakai penutup muka dan akan didenda sebanyak RM1,000 sekiranya ingkar arahan.

Untuk memudahkan semua pihak untuk berurusan dan memutuskan rantaian Covid-19, mari kita sahut seruan kerajaan dan buat QR Code MySejahtera sekarang.

Tujuan QR Code MySejahtera

Tujuan QR Code MySejahtera ini diwujudkan ialah untuk merekod kehadiran pelanggan dan tak perlu lagi menggunakan kaedah manual tetapi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkata penggunaan aplikasi tambahan lain tidak akan dilarang.

Langkah-Langkah Membuat QR Code MySejahtera

Peniaga, Jom Buat QR Code MySejahtera Sekarang. Mudah Je

  • Masukkan nombor handphone anda.
  • Nombor OTP akan dihantar melalui SMS dan masukkan di ruangan OTP VERIFICATION.
  • Masukkan butiran peribadi dan perniagaan termasuk alamat premis anda.
  • Setelah siap, cetak QR Code MySejahtera dan letakkan di pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelanggan anda.

Peniaga, Jom Buat QR Code MySejahtera Sekarang. Mudah Je

Mudahkan? Jangan tunggu lagi dan terus siapkan QR Code untuk premis perniagaan anda sekarang dan doakan agar wabak Covid-19 ini terhapus dengan segera.