Pendaftaran & Permohonan Bantuan Prihatin Nasional, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)


Apa Itu Bantuan Prihatin Nasional?

Pelbagai kesan telah wujud akibat penularan COVID-19 dan pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan. Terutamanya kepada rakyat yang terjejas dari segi sumber pendapatan. Keadaan situasi semasa dan kesukaran bergerak menambah lagi beban rakyat.

Sebagai penyelesaian meringankan beban rakyat, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Bantuan Prihatin Nasional: Pemberian Tunai Secara “One Off”

Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada rakyat.

Pemberian tunai Bantuan Prihatin Nasional ini akan disalurkan terus kepada Kumpulan B40 iaitu golongan berpendapatan kurang dari RM4000 sebulan.

Baca : 4 Bantuan Prihatin Nasional Secara Tunai “One Off” Untuk Diberikan Terus Untuk Manfaat Rakyat

Buat pertama kali juga, Bantuan Prihatin Nasional akan disalurkan kepada Kumpulan M40 (pendapatan RM4000 keatas)

Usaha ini dilihat untuk membantu kesemua lapisan masyarakat yang umumnya terjejas tanpa mengira jumlah pendapatan bulanan mereka.

Berapa Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional?

Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:

  • Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

    • Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.

    • Akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  • Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

    • Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.

    • Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Berdasarkan senarai Bantuan Prihatin Nasional mengikut kumpulan di atas, tiada kumpulan masyarakat yang tertinggal dan kesemua mendapat manfaat.

JADI BAGAIMANA MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?

Adakah rakyat yang terlibat perlu isi borang online untuk mendapatkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat?

Ini jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan di dalam temubual eksklusif wartawan Faris Izzat Shaharudin bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz.

“Golongan B40 dan M40 yang kita sebutkan di dalam Pakej Prihatin. Kita ada data base mereka. Jadi kita dapat anggarkan siapa yang dapat. Kita akan transfer duit ke akaun masing-masing.

Yang mana yang belum ada dalam data base kita. Kita boleh mendaftar. Di website Kementerian Kewangan ada list bagaimana seseorang itu boleh mendaftar untuk mendapat insentif yang disebut dalam Pakej Prihatin ini.”

Ini bermakna golongan kumpulan B40 dan M40 yang belum ada dalam database Kementerian Kewangan sahaja perlu mendaftar untuk mendapatkan insentif Pakej Prihatin.

INI VIDEO TEMUBUAL LENGKAP. SILA TONTON UNTUK KEFAHAMAN

INFO LANJUT

Untuk maklumat rasmi dan info lanjut pastikan anda terus ke laman Kementerian Kewangan di treasury.gov.my.