PDRM Beri Diskaun 50%, Bayar Saman Secara ‘Online’ Dari 18 Jan – 1 Feb 2020


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50% bagi pembayaran saman trafik secara dalam talian bermula dari 18 Jan hingga 1 Feb ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50%. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya.

Anda semua boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

CARA BAYAR SAMAN PDRM SECARA ONLINE MENGGUNAKAN MYEG & RILEK