Mohon Sekarang Kemudahan Pembiayaan Kewangan Bank Rakyat Untuk Jana Ekonomi


Bank Rakyat Beri Pelbagai Kemudahan Kewangan Kepada Semua Pelanggan

Melalui satu kenyataan, Bank Rakyat terus komited untuk membantu pelanggannya yang terjejas ekonomi akibat pandemik Covid-19 dengan menawarkan pelbagai kemudahan kewangan.

Bank Rakyat Tawar Kemudahan Kewangan Untuk Bantu Ekonomi Semua Pelanggan

Jenis Bantuan

Terdapat pelbagai jenis tawaran meliputi produk pembiayaan peribadi sehingga produk bagi program usahawan seperti :

“Bagi kempen usahawan menerusi BizCare serta BizLady, Bank Rakyat telah memperuntukkan kemudahan pembiayaan bernilai RM300 juta yang mana sebanyak RM250 juta disediakan untuk BizCare dan RM50 juta untuk BizLady.”

Bank Rakyat Tawar Kemudahan Kewangan Untuk Bantu Ekonomi Semua Pelanggan

Tarikh Tawaran Kempen

Kempen ini telah dimulakan sejak April sehingga Jun 2020 di bahagian wilayah utara dan seterusnya sehingga 31 Disember 2020.

Jumlah Pembiayaan

Menerusi kempen ini, pembiayaan adalah bejumlah :

  • Usahawan Mikro : Pembiayaan antara RM1,000 hingga RM50,000 bagi tempoh 5.75 tahun atau 69 bulan.
  • Usahawan PKS : Pembiayaan sebanyak RM20,000 sehingga RM300,000 bagi tempoh 5.75 tahun atau 69 bulan.

Bank Rakyat Tawar Kemudahan Kewangan Untuk Bantu Ekonomi Semua Pelanggan

Produk Pembayaran Yang Lain

Bank Rakyat juga menyediakan :

  • Produk Pembiayaan Peribadi-i dengan kadar pembiayaan serendah 2.51% setahun  untuk mereka yang memerlukan wang tunai segera.
  • Produk Pembiayaan Kenderaan-i khusus untuk pelanggan yang ingin membeli kereta. (Bermula 17 Jun hingga 20 September 2020).
  • Kempen Tujuh Bulan dan 11 Bulan menerusi Akaun Deposit-i Berjangka (Individu) untuk pelanggan merancang kewangan dengan bijak dan meningkatkan potensi keuntungan dalan menjalani kehidupan norma baharu. Pelanggan perlu depositkan sebanyak RM10,000 dalam akaun Deposit-i Berjangka dalam tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.0% setahun atau 2.8% setahun untuk tempoh 7 bulan.

Info & Keterangan Lanjut

Bagi anda yang berminat dengan tawaran ini boleh hubungi Bank Rakyat di :

  • Tele-Rakyat : 1300-80-5454
  • Laman Web Korporat : www.bankrakyat.com.my
  • Mdia Sosial Bank Rakyat (Facebook/Instagram/Twitter) : @mybankrakyat

Sumber : BERNAMA