Mohon Disini RM10,000 Untuk Pembiayaan Rider TEKUN Mobilepreneur 2.0 PENJANA


Pembiayaan Rider TEKUN Mobilepreneur 2.0

Bagi membantu rider penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda yang terjejas pendapatan atau kewangan akibat pandemik Covid-19, pihak TEKUN telah menyediakan satu pembiayaan buat anda iaitu TEKUN Mobilepreneur 2.0.

Tujuan Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0

Ia bertujuan untuk membantu rider penghantaran untuk membuat pembelian motorsikal baharu dan juga modal pusingan.

Mohon Disini RM10,000 Untuk Pembiayaan Rider TEKUN Mobilepreneur 2.0 PENJANA

Tarikh Pelancaran

Akan dilancarkan pada 7 Julai 2020 dan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam inisiatif PENJANA.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 menyediakan pembiayaan sehingga RM10,000.

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah kelayakan untuk membuat permohonan :

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18 – 60 tahun
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motorsikal sendiri yang berdaftar & sah
  • Terlibat secara langsung / separuh masa dalan aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma & syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen seperti :

  1. Borang permohonan pembiayaan (JPP01 & JPP02)
  2. Gambar pemohon ukuran passport
  3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  4. Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama & transaksi terakhir)
  5. Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  6. Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  7. Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)
  8. Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  9. Salinan geran motosikal pemohon
  10. Salinan cukai jalan motosikal yang sah Surat Sokongan Syarikat eHailing
  11. Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN cawangan yang berdekatan

Mohon Disini RM10,000 Untuk Pembiayaan Rider TEKUN Mobilepreneur 2.0 PENJANA

Cara Memohon Pembiayaan Rider TEKUN Mobilepreneur 2.0

  • Permohonan boleh dikemukakan selepas Majlis Pelancaran TEKUN Mobilepreneur 2.0 pada 7 Julai 2020.
  • Pemohon perlu berdaftar dengan syarikat e-hailing dan melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Pemohon boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Nota : Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah maklumat berkaitan diterima.

“Peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan kepada 100 pemohon awal dan tambahan RM4 juta peruntukan kepada 400 pemohon lagi akan dimaklumkan kemudian.

“Program ini diharap membantu rider untuk meneruskan perkhidmatan mereka dan melonjakkan semula ekonomi negara ketika kita masih berdepan ancaman pandemik COVID-19.”

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tekun Mobilepreneur 1.0

  • Diperkenalkan pada April 2020.
  • Menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000.
  • Diperuntukkan kepada 500 rider dan telah tamat pada bulan Jun lepas.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda ingin mendapatkanmaklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh melayari laman web TEKUN NASIONAL di :