Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019


Dalam pembentangan Belanjawan 2019 lepas, kerajaan Persekutuan telah mengumumkan insentif untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 terutamanya dalam aspek kesihatan.

Insentif yang dimaksudkan adalah Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam yang akan bermula pada tahun ini. Skim ini diwujudkan khas untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terutama sekali golongan B40 sentiasa terjaga.

Dalam Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 akan menerima perlindungan insurans serta takaful secara percuma. Bukan itu sahaja, golongan yang layak akan turut menerima rawatan bagi beberapa jenis penyakit kritikal.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam dan bagaimana untuk mendaftarnya? Dalam artikel ini kami akan kongsikan Cara Mendaftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019 sebagai panduan buat anda.

Cara Mendaftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019

DANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN UNTUK SKIM MYSALAM

Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan ketika membentangkan insentif tersebut. Peruntukan dana yang banyak untuk Skim MySalam ini diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan.

Sama juga konsepnya seperti Bantuan Sara Hidup, kerajaan telah menyasarkan skim ini mampu memberi manfaat kepada 4.1 juta golongan B40 yang terdiri daripada individu berusia antara 18-55 tahun.

MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA MELALUI SKIM MYSALAM

Sebenarnya, melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, golongan sasar bukan sahaja memperoleh insurans dan menerima rawatan untuk penyakit kronik secara percuma.

Malah, banyak lagi manfaat atau faedah lain yang bakal diterima oleh golongan sasar. Berikut kami kongsikan kesemua manfaat yang bakal diterima oleh golongan sasar melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam.

  • Mendapat rawatan untuk 36 jenis penyakit kritikal
  • Golongan sasar akan menerima bayaran sehingga RM8000. Bayaran tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang bakal diumumkan.
  • Menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari dan bersamaan RM700 sebulan.

TARIKH PENDAFTARAN DIBUKA

Untuk anda yang layak bolehlah mula mendaftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini apabila pendaftarannya dibuka kelak. Berikut merupakan tarikh pendaftaran untuk skim ini dibuka

  • Tarikh Pendaftaran Skim MySalam Dibuka: Mulai 1 Mac 2019

CARA MENDAFTAR SKIM MYSALAM

Untuk makluman anda, pendaftaran bagi Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2019 boleh dibuat secara online. Bagi tujuan pendaftaran juga, anda tidak memerlukan sebarang pengesahan pemeriksaan kesihatan.

Namun, pihak kerajaan masih belum menyediakan link untuk ke pautan pendaftaran secara online tersebut. Pihak kami akan mengemaskini link tersebut sebaik sahaja kami menerimanya.

SENARAI PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN

Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama      
  3. Meningitis Bakteria        
  4. Tumor Otak Benigna    
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak  
  7. Kanser    
  8. Kardiomiopati Teruk      
  9. Anemia Aplasia Kronik   
  10. Koma      
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari      
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih       
  13. Ensefalitis/encephalitis     
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir     
  15. Penyakit Paru-Paru      
  16. AIDS Peringkat Teruk    
  17. Hepatitis Virus Fulminan   
  18. Serangan Jantung      
  19. Pembedahan Injap Jantung   
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang    
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)    
  23. Hilang Pertuturan    
  24. Trauma Kepala Utama   
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum      
  26. Penyakit Neuron Motor   
  27. Sklerosis Berbilang 
  28. Distrofi Otot    
  29. Kelumpuhan / Paraplegia   
  30. Penyakit Parkinson    
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer   
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius    
  33. Strok      
  34. Pembedahan Aorta     
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)   
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Jadi, sekiranya anda layak untuk menerima insentif MySalam ini, anda bolehlah membuat pendaftaran secara online bermula 1 Mac 2019. Semoga Skim MySalam yang diperkenalkan ini dapat membantu mengurangkan beban golongan sasar yang memerlukan.



skim b40 terkini∞ pendaftaran skim perlindungan nasional∞ daftar mysalam com my∞